-->

Top Bar Menu

(VIDEO) Kenderaan terbakar di longkang pembahagi jalan depan Kem Lok Kawi

 

PUTATAN: Para pengguna jalan raya yang melalui kawasan Kem Lok Kawi di sini awal pagi tadi terkejut melihat sebuah kenderaan yang terbakar dengan sebelah bahagiannya berada dalam longkang pembahagi jalan.

Bagaimanapun, kenderaan jenis Perodua Aruz itu didapati kosong dan dipercayai pemiliknya tidak berada di lokasi. 

Kejadian tersebut dikatakan berlaku pada pukul 6.20 pagi.

Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Mohd Haris Haji Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kenderaan tersebut telah terbakar.

Katanya, Bilik Gerakan IPD Penampang ada menerima maklumat berkenaan kejadian tersebut daripada orang awam pada sekitar pukul 6.25 pagi tadi.

Katanya, Pasukan Unit Kereta Peronda (MPV) Balai Polis Putatan telah bergegas ke lokasi bagi mengawal keadaan setelah dimaklumkan oleh Bilik Gerakan IPD Penampang itu,

Satu pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Penampang yang berada di lokasi melaporkan kenderaan tersebut telah musnah terbakar. 

Nombor pendaftaran juga tidak dapat dikenalpasti, katanya.

Katanya, kebakaran berjaya dipadamkan pada pukul 6.45 pagi dan kes masih dalam siasatan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat.