Gara-Gara Tak Bagi ‘Password’ Telefon, Isteri B4kar Suami Hidup-Hidup
Lombok Timur: Seorang lelaki cedera parah sebelum men1nggal dunia selepas dib4kar oleh isterinya sendiri di rumah mereka di Desa Pandawangi, Kecamatan Jerowaru, Lombok Timur, Nusa Tenggara Barat, Indonesia.
Dedi Purnama, 26, dipercayai disiram dengan miny4k p3trol sebelum dib4kar hidup-hidup oleh isterinya, Ilham Cahyani yang marah kerana tidak diberi kata laluan telefon bimbit milik Dedi.
Ketika kej4dian, m4ngsa dikatakan sedang membaiki atap kediaman mereka sebelum didatangi isterinya yang bertanya tentang kata laluan telefon bimbit suaminya.
Dedi bagaimanapun dipercayai enggan memberi tahu hingga mencetuskan perg4duhan antara suami isteri itu sebelum Dedi dikatakan memvkul isterinya terlebih dahulu.
Isterinya yang marah kerana permintaannya ditolak, segera meny1mbah badan suaminya dengan petrol dan menyal4kan 4pi menggunakan mancis.
Beberapa orang saksi yang berada di tempat kejadian bergegas membantu Dedi yang terb4kar seluruh badan dan segera menghantarnya ke hospital berdekatan.
Setelah dirawat selama 2 hari, Dedi menghembuskan nafas terakhirnya di hospital tersebut.
Isterinya kini berada dalam tahanan pihak berkuasa tempatan dan sedang disiasat bagi kes tersebut.
SUMBER: MirrorUk I Siakapkeli