DSV Prihatin Mahu Bayar Balik Duit ‘Mangsa’ Ikan Siakap Cekik Darah Di Langkawi

Terpanggil mendengar keluhan dan nasib menimpa, jutawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) meluahkan hasrat untuk membayar semula harga hidangan ikan siakap kepada individu yang terlibat.
Menerusi satu hantaran video di laman Instagram, DSV atau nama sebenarnya Hasmiza Othman yang ketika ini sedang bercuti bersama anak-anaknya di pulau itu meminta bantuan pengikutnya supaya mengesan individu berkenaan.
“Saya ada baca kisah ikan siakap viral. Sementara saya masih bercuti di Langkawi ni, saya rasa terpanggil untuk saya belanja atau bayar balik harga ikan siakap yang telah dibayar oleh keluarga tersebut.
“Kiranya saya belanja la makan ikan siakap tu.. jadi saya nak bayar balik pada kakak tu. Boleh la kakak tu dapat duit dia balik untuk kegunaan lain. Bercuti kalau memang pakai duit banyak.
“Boleh tolong sampaikan kat dia ye. Kalau ada sesiapa yang mengenali beliau boleh tolong tag / DM saya okay,” tulisnya.
Difahamkan, usahawan berusia 50 tahun itu sempat mengadakan sesi siaran langsung Instagram bersama salah seorang ‘mangsa’ iaitu Niena ZM yang menceritakan serba sedikit pengalaman ‘ngeri’ tersebut.
Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan lebih lanjut apakah tindakan atau bantuan yang akan dilakukan berhubung perkara berkenaan.
“Okey takpe, nanti saya akan buat sesuatu. Tunggu story siakap daripada saya, saya memang tak boleh bab-bab siakap ni,” kata DSV.
Rata-rata netizen memuji tindakan Dato Seri Vida yang bersifat pemurah dan baik hati itu.Namun demikian, ada juga yang tidak bersetuju dengan keputusan DSV kerana beranggapan pelanggan yang makan disitu sememangnya kaya belaka.
Terdahulu, salah seorang pemilik restoran tampil menjelaskan bahawa ikan siakap itu diternak selama 11 tahun yang dijadikan sebagai ikan pameran.
Katanya, pelanggan sudah berulang kali dimaklumkan mengenai saiz dan sebagainya namun pelanggan terbabit tetap bertegas ingin menikmati ikan siakap tersebut.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!