Wanita Kesal, Dakwa Pagar Rumahnya Selalu Digunakan Jiran Untuk Jemur Pakaian
Isnin, 25 Oktober 2021
Edit
Tular di Indonesia baru-baru ini berkaitan seorang wanita mengeluh apabila mendakwa pagarnya telah menjadi tempat jemuran jirannya. Video yg dimuatnaik itu telah menjadi perbualan hebat antara para netizen Indonesia.
Menurut video tersebut, wanita itu menunjukkan beberapa gambar yang menunjukkan pagar rumahnya dipenuhi dengan jemuran dipercayai baju jirannya. Wanita tersebut juga memberitahu bahawa kejadian tersebut telah berlaku setiap hari.
Tambah wanita itu, perbuatan jirannya itu dilakukan tanpa meminta izin daripada dirinya atau mana-mana ahli keluarganya.
“Tanpa meminta izin, tumpang jemur pakaian. Inilah kampungku”
Video berikutnya pula, wanita tersebut menunjukkan rumah jirannya yang menjemur pakaiannya di pagar milik wanita itu. Rumah jirannya itu tidak jauh dan hanya memerlukan beberapa langkah sahaja daripada rumah wanita tersebut
Selain itu, video tersebut juga menunjukkan tindakan jirannya yang sedang menjemur baju basah di pagar tersebut. Jirannya yang seperti ‘makcik-makcik’ itu menyidai baju tersebut dengan santai sehingga hampir menutup keseluruhan pagar.
Video tersebut telah mendapat tontonan lebih 1.4 juta tontonan. Ramai pengguna tiktok memberikan reaksi dan komen kepada video tersebut.
Salah satu pengguna tiktok menulis komen
“Masalah sebegitupun nak bising. pagarnya tak rosak pun. di kampung dah biasa macam tu” tulis salah seorang pengguna Tiktok.
“Saya faham apa yang awak rasa. Perkara ini bukan masalah nak tumpang jemur tu tapi pemilik rumah pun belum tentu nak jemur kat pagar. Kan malu kalau ada orang yang nampak jemur pakaian macam tu. komen salah seorang pengguna Tiktok lagi.
Sumber: suarajatim.id