Lihat Bagaimana Pangsapuri 10 Tingkat Ini Dibina Dalam Masa Sehari
Rabu, 3 November 2021
Edit
Sebuah syarikat pemaju hartanah di daerah Hunan di China telah berjaya membina bangunan kediaman 10 tingkat dalam masa hanya 28 jam dan 45 minit. Setiap unit kediaman telah siap dipasang di kilang mereka dan dibawa ke tapak pembinaan.
Setiap unit mempunyai saiz yang sama dengan kontena penghantaran bagi memudahkan penghantaran. Apabila tiba di tapak pembinaan, pekerja hanya perlu mengetatkan bolt untuk memasangnya semula.
Bangunan ini telah dibina menggunakan bahan keluli tahan karat dan direka agar dapat bertahan daripada gempa bumi dan ribut taufan.
Memang mengagumkan. Tetapi menjadi tanda tanya juga adakah konsep sebegini lebih menjimatkan ataupun tidak. Jika ya, bila agaknya syarikat pemaju hartanah di Malaysia dapat mempraktikkannya?
Kredit: South China Morning Post