Lelaki Dedah Pengalaman Petik Cherry Di New Zealand, Dapat Gaji RM540 Sehari
Rabu, 17 November 2021
Edit
Selalu kita dengar mengenai iklan kerja petik buah di luar negara seperti Australia dan New Zealand, namun pernah kah kita terfikir ada yang 'hati kering' sanggup pergi ke negara luar bekerja? Lebih mengejutkan lagi gaji harian yang ditawarkan bagi pekerjaan tersebut sangat lumayan. Kata orang, hanya berkerja untuk setahun sahaja sudah memadai untuk membawa pulang wang yang banyak ke tanah air. Pengalaman yang sama telah dikongsikan oleh seorang pemuda.
Boleh cuba kerja ni, kalau ada stamina yang kuat
Melalui perkongsian pemuda yang dikenali sebagai Danish, pemetik buah di negara tersebut akan memulai kerja seawal jam 5.52 pagi dan setiap bakul buah ceri yang berjaya dipetik akan dikira RM18 sebakul. Dalam masa sehari sahaja, ada yang mampu mendapat bayaran sebanyak RM540 sehari. Nampak sangat berbaloi dan menarik bagi individu yang mempunyai stamina yang kuat. Manakala, suasana kerja disana agak santai kerana didalam kawasan kebun.
@saudalgar
Kalau ada stamina/will yg kuat, boleh cuba job ni 💪😄 #saudalgar #travel #newzealand #fruit #fruitpicking
♬ Taste - TygaMemang bos bagi pekerja makan... Cuma tak boleh bawa keluar kebun
Bukan itu sahaja, pekerja juga dibenarkan memakan buah yang dipetik dengan syarat tidak boleh membawa keluar dari kawasan kebun. Ditanya mengenai cara untuk memohon kerja tersebut pula, Danish tidak dapat untuk memastikan kerana Covid-19 masih belum berakhir.
Sebelum ambil job kaji-kaji selidik dulu... Kawan saya nak kerja macam ni tapi kena scam
Ramaj netizen juga yang sangat tertarik dengan perkongsian tersebut dan ada juga yang menyimpan niat untuk bekerja di sana. Walaupun begitu, terdapat juga segelintir yang mengigatkan tentang penipuan yang berlaku yang menyebabkan perkerja tersepit sehingga terpaksa mendapatkan bantuan kedutaan.
Sumber: Kisah Dunia