-->

Top Bar Menu

Hijab gumpalan kain versi Aina Abdul, busana rekaan Behati itu dianggap melawan arus kebiasaan

Kuala Lumpur: Penampilan penyanyi lagu Sumpah, Aina Abdul sekali lagi mencuri tumpuan ramai netizen dan pengikut industri seni tanah air apabila hadir dengan fesyen pelik pada sesi karpet merah Anugerah Bintang Popular BH ke-34 (ABPBH34), yang berlangsung pada malam, hari ini.

Tampil dengan busana serba hitam, Aina yang dikenali dengan imej muslimah menampilkan gaya hijab unik membentuk gumpalan kain.

Busana rekaan Behati itu dianggap melawan arus kebiasaan, namun tidak dinafikan benar-benar unik dan sesuai dengan Aina yang cukup dikenali sebagai penyanyi yang berani dalam meneroka fesyen.


Pelbagai reaksi diberikan oleh netizen di ruangan komen gambar yang dimuat naik ke Instagram Berita Harian itu.

Kurang daripada satu jam, gambar itu menerima lebih 6,000 tanda ‘like’ di samping hampir 800 komen daripada netizen.


Selain Aina, turut melalui sesi karpet merah adalah beberapa artis popular tanah air antaranya, Izzue Islam, DJ Lin, Man Kidal, Wani Kayrie dan ramai lagi.

Kolaborasi Nafas Cinta Khai, Aina menjadi

KUALA LUMPUR: Tuah terus menyebelahi Khai Bahar apabila satu lagi projek kerjasama dengan penyanyi lain diiktiraf peminat apabila trofi kategori Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 menjadi pemilik anak jati Perlis itu.

Jika tahun lalu kolaborasi Khai dan Siti Nordiana menerusi lagu Satukan Rasa melayakkan mereka berkongsi trofi sama, kali ini, percaturan bersama Aina Abdul melalui lagu Nafas Cinta menjadi pilihan peminat.

Khai bersyukur keterbukaan menjalinkan kerjasama dengan artis lain berhasil.

“Kejayaan ini adalah hasil usaha keras Khaibahar Empire dan peminat yang tidak pernah jemu menyokong kerjaya saya dari awal.

“Tanpa kerja keras mereka, tidak mungkin saya berada pada tahap ini,” katanya.

Sementara itu, Aina tidak sangka percubaan pertama merakamkan lagu duet dengan Khai mencapai kejayaan.

“Saya berterima kasih kepada Khaibahar Empire dan Ainations. Disebabkan kesungguhan mereka, kami raih kemenangan… Ini hadiah buat peminat.

“Usaha memenangi hati peminat adalah cabaran yang sangat menyeronokkan. Saya tidak akan berada di tempat sekarang tanpa sokongan padu mereka… Peminat adalah segala-galanya bagi anak seni seperti saya,” katanya yang kali pertama mencipta kejayaan di pentas ABPBH.

Khai dan Aina menewaskan calon bukan calang-calang iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza yang tampil dengan lagu duet 7 Nasihat bersama bersama Kmy Kmo dan Luca Sicta.

Mereka juga menghampakan calon lain iaitu gabungan tiga penyanyi muda, Hael Hussaini, Naim Daniel dan Haqiem Rusli yang bekerjasama menghasilkan single Lara selain satu lagi projek kolaborasi Khai dengan kumpulan nasyid, Inteam melalu lagu Setanggi Syurga 2020.

Selain itu, Khai dan Aina turut mengenepikan kumpulan sensasi wanita, Dolla yang meledak menerusi lagu Dolla Make You Wanna.

Khai Bahar dan Aina Abdul.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih..