-->

Top Bar Menu

“Dato’ Vida terjah restoran ikan siakap seribu” Habis beratus-ratus memang berbaloi hidangan sedap dan segar katanya..

Sudah seminggu tular mengenai ikan siakap yang menjadi bualan ramai dalam kalangan masyarakat.

Usahawan kosmetik iaitu Dato’ Seri Vida (DSV) menerjah ke restoran yang menghidangkan siakap viral tersebut di Pulau Langkawi.

Mengakui merasai sendiri hidangan kayangan di restoran pusat peranginan tersebut, katanya hidangan tersebut lazat dan ikan-ikannya juga segar. Dia turut mengatakan jika ada peluang pasti dia akan ke situ lagi.

Kedatangan DSV disambut mesra oleh pemilik restoran yang dikenali sebagai Norasyikin sekali gus dia diberi peluang bagi menjelaskan isu yang berlaku.

Melalui video berdurasi 12 minit itu, DSV meninjau sekitar kolam ikan pameran sebelum memilih siakap 1.5 kilogram dan beberapa hidangan lain.

Harga yang perlu dibayar adalah RM918 dan katanya ianya berbaloi kerana hidangan yang pelbagai dan sedap dijamah dan juga pemandangan indah alam semula jadi.

“Saya harap tidak berlaku lagi kata mengata, tohmahan, andaian atau tuduh4n mengatakan tuan kedai cek1k dar4h.

“Saya makan habis beratus-ratus memang berbaloi, dengan rasa sedap dan keadaan persekitaran yang cantik. Nak berniaga dalam hutan ni, ingat pelanggan ramai datang?,” katanya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji tindakan DSV kerana menyokong busines peniaga di restoran berkenaan.

“Terbaik DSV. Terima kasih beri pencerahan pada kita semua. Kalau tidak kita pun tak tagu & asyik mengata..Saya pun baru faham kenapa harga siakap ni agak mahal. Saya tak pandai sgt pasal ikan, tapi rasanya kalau yg dibela mcm tu, mmg mahal. Harga tourist plak tu. Apapun..bila tengok DSV makan terus rasa laparr..Thanks for your effort” kata penyanyi Nora Ariffin

“Bagus DSV support org niago” ujar pengikutnya.

“Lapaaarrr tengok DSV makann..Dapat tengok pun syukur Alhamdulillah,” kata seorang netizen.

DSV menyatakan hasrat mahu membayarkan semula bil hidangan ‘mangsa’ yang terlibat namun difahamkan mereka menolak secara baik sekali gus dapat membantu insan lebih memerlukan.

Terdahulu, seorang pengguna Facebook Muhammad Faris Zulkarenain telah melahirkan rasa terkejut kerana dikenakan bil berjumlah RM1,196.80 untuk hidangan ikan siakap di sebuah restoran terapung di Pulau Langkawi tersebut.

 

Sumber: Ohmymedia