‘Cleaner’ Pulangkan Cek Bernilai RM10.4 Juta Dapat Ganjaran Dinaikkan Pangkat
Sekiranya memegang prinsip tersebut, nescaya orang di sekeliling akan memandang tinggi selain dikurniakan keberkatan olehNya tanpa melalui banyak kesulitan dalam kehidupan seharian.
Baru-baru ini, seorang pekerja pembersihan yang dikenali sebagai Halimah menjadi bualan dalam kalangan warganet Indonesia selepas kisah kejujurannya tular di media sosial.
Memetik laporan Kompas.com, wanita berusia 29 tahun itu terjumpa sebuah beg dompet yang berisi cek bernilai 35.5 bilion rupiah (RM10.4 juta) dipercayai milik seorang penumpang ketika bertugas di Lapangan Terbang Bandara Soekarno-Hatta, Jakarta.
Tanpa memeriksa apakah isi kandungan dompet berkenaan, dia terus melaporkan kepada pegawai bahagian Keselamatan Penerbangan (AVSEC) berhubung insiden itu.
Namun, alangkah terkejutnya setelah pegawai memeriksa mendapati dompet berwarna coklat itu mempunyai cek tersebut selain lima buah buku bank serta sebuah pasport.
“Besar atau kecil nilainya, ia tetap bukan milik kami, justeru sudah kewajiban bagi petugas di lapangan untuk melaporkannya,” kata Halimah seperti dipetik daripada laporan Tribun Jakarta.
Kagum dengan sifat kejujuran Halimah, Pengurus Besar BSH Wilayah 1 Angkasa Pura Solusi, Toyib Fanani berbangga sekali gus menunjukkan penghargaan kepada wanita terbabit dengan memberi ganjaran kenaikan pangkat sebagai penyelia.
Sumber: Kompas.com via borakdaily