Beli Set Karpet Kereta Harga RM1,400, Wanita Terkejut Dapat Saiz Set Karpet Yang Lebih Kecil Dari Telapak Tangan
“Saya melakukan pencarian di internet dan menemui sebuah laman web menjual karpet kereta sama seperti yang saya mahukan.
“Saya terus membeli set karpet tersebut yang dijual pada harga £245 (RM1,400) dan menyangka ia bersaiz sebenar berdasarkan harganya,” ujar Hedge Burley.
Walaubagaimanapun, apabila barangan itu dihantar ke rumah mereka, wanita ini terkejut besar melihat saiz barangan tersebut. Ketika membuka. bungkusan barangan, dia terkejut melihat di dalamnya mengandungi set karpet yang sangat kecil, bahkan lagi kecil dari tapak tangannya.
“Saya membuka bungkusan barangan tersebut dan tidak tahu sama ada mahu ketawa atau menangis.
“Anak lelaki saya berkata bahawa itulah sebabnya mengapa orang tua tidak boleh membeli barang di internet,” katanya.
Suaminya pula tergelak apabila melihat ‘hadiah’ tersebut. Wanita ini kemudiannya cuba menghubungi penjual set karpet tersebut, namun tidak berjaya kerana laman web tersebut sudah tidak aktif lagi.
Kejadian itu membuatkan Hedge Burley merasakan dirinya tidak berminat lagi membeli belah secara online.
Selain itu. dia juga berharap akan dapat membeli set karpet kereta yang bersaiz normal pada masa yang terdekat.