Lee Chong Wei dilantik Duta Pelancongan Sabah
KOTA KINABALU: Bekas pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Wira Lee Chong Wei telah dilantik sebagai Duta Pelancongan Sabah bermula dari bulan ini sehingga Disember 2022.
Jafry berkata, Sabah terkenal dengan keajaiban alam semula jadi dan usaha pemuliharaan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa seperti Tapak Warisan Dunia UNESCO dan program Manusia dan Biosfera dan tidak lama lagi akan diiktiraf sebagai Geopark Global UNESCO.
“Landskap geografi yang unik di Sabah juga menarik ramai pencari pengembaraan ke negeri ini. Bagi melengkapkannya, Lembaga Pelancongan Sabah akan membawa Lee dan keluarganya mengelilingi negeri untuk merasai tarikan pelancongan ikonik kita untuk dikongsi bersama peminatnya di seluruh dunia.
“Saya dengar bahawa beliau (Lee) masih aktif dalam aktiviti sukan terutamanya berbasikal. Mungkin beliau juga boleh berbasikal di sekitar kawasan pelancongan luar bandar kita yang menawarkan pengalaman berbasikal santai dengan pemandangan yang indah,” ujar Jafry.
Beliau menambah, kerjasama dengan Duta Pelancongan sebegini akan membantu menggalakkan aliran pelancongan ke negeri ini dan menimbulkan rasa ingin tahu serta minat tentang banyak destinasi di Sabah.